Penunggang basikal ultra-endurance, Mark Beaumont akhirnya berjaya
merialisasi impian zaman kecilnya untuk mengelilingi dunia dengan
basikal hanya dalam masa 80 hari.
![]() |
| Beaumont ketika tiba di Arc de Triomphe, Paris |
Disambut
keluarga, penyokong dan wakil Guinness World Record, Beaumont secara
rasminya menamatkan cabaran tersebut dalam tempoh masa 78 hari, 14 jam
dan 40 minit.
Pencapaiaannya telah diiktiraf dan diumumkan sebagai rekod baru dunia.
Lebih
membanggakan, beliau turut memecah satu lagi rekod dunia apabila
melakukan jarak kayuhan paling jauh bagi tempoh sebulan. Beliau
melakukan kayuhan dengan jarak 7,031 batu atau (11,315.29 kilometer)
pada Julai.
![]() |
| Laluan diambil Beaumont |
Walau
bagaimanapun, cabaran diilhamkan dari novel pengembaraan klasik Jules
Verne 'Around The World in Eighty Days' bukan mudah.
Dalam
perjalanan merentas Eropah ke Mongolia, melintasi China,
Australia, Amerika Utara dan kembali ke Eropah Beaumont terlibat dengan
beberapa kemalangan yang merencatkan sedikit ekspedisinya.
Beaumont
mengalami cedera dalam satu kemalangan lewat malam di Russia, di Melbourne, Australia kenderaan pengiringnya dirempuh dari belakang.
![]() |
| Basikal 'Koga Kimera' yang digunakan |
"Ini telah, tanpa keraguan, merupakan cabaran yang
paling berat diletakkan atas tubuh dan minda saya. Stamina fizikal dan
mental yang diperlukan untuk setiap hari sendiri merupakan satu cabaran,
tetapi saya mempunyai pasukan sokongan hebat di sekeliling saya.
"Kejayaan
berbasikal mengelilingi dunia dalam 80 hari menunjukkan bahawa apa yang
kelihatan mustahil adalah mungkin. Ia juga menetapkan semula batas
ketahanan dalam sukan ini.
"Setiap peringkat memberi cabaran
tersendiri termasuk iklim yang berbeza, yang saya perlu sesuaikan diri
dengan cepat. Fasa satu merentasi Rusia dan Mongolia adalah wilayah
tidak diketahui, jadi untuk menyelesaikan fasa ini dan keluar dengan
gelaran Rekod Dunia Guinness kedua adalah pencapaian sebenar." Jelasnya
kepada media sejurus tiba di Paris (video di sini).
![]() |
| Beaumont bersama team sokongan |
"Saya
sangat berterima kasih atas sokongan yang saya terima dari orang di
seluruh dunia, dari rakan berbasikal yang menyertai saya di jalanan dan
kata-kata semangat dalam talian. Ini pengalaman yang luar biasa dan saya
teruja untuk berkongsi perjalanan ini selama bertahun-tahun akan
datang. " tambahnya.
Untuk rekod, bapa kepada dua orang anak itu
pernah memecah rekod mengelilingi dunia berbasikal pada 2008, ekspedisi
itu yang dilakukan tanpa 'team sokongan' mengambil masa 194 hari
sebelum diatasi Andrew Nicholson pada 2015 dengan catatan 123 hari.
Ekspedisi kali ini dilakukan bagi tujuan mengutip dana kerja-kerja amal berkait pendidikan.






0 Comments